OKTOBER 2022

Premier Berjumpa Ahli Parlimen GPS


KUALA LUMPUR, 04 OKTOBER 2022-SELASA

Seramai 19 orang Ahli-Ahli Parlimen daripada Parti Gabungan Sarawak (GPS ) mengadakan perjumpaan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Ibu Negara, Kuala Lumpur, malam tadi.

Perjumpaan berlangsung hampir tiga jam itu yang diketuai oleh Datuk Seri Fadilah Yusof, Menteri Kanan Kerjaraya Malaysia yang juga selaku Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut membincangkan isu-isu semasa dalaman parti sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15. 

Hadir sama Dato Sri Mohamad Abu  Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak dan YB Fazzruddin Abdul Rahman, ADUN N.06 Tupong, Selaku Ketua Setiausaha Politik, Premier Sarawak .

Sebelum majlis perjumpaan bermula rombongan Parti Gabungan Sarawak (GPS) turut mengadakan rakaman foto kenangan bersama Premier Sarawak, di tempat sama.

Sumber dari : Sarawakku